Read more »
SASARAN HARI INI
Sunday, November 13, 2011
Wednesday, July 27, 2011
AHLAN YA RAMADHAN
Posted by AbuAfaf on 8:00 PM
Firman Allah swt yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (Al Baqarah : 183)
Puasa dari sudur bahasa membawa maksud menahan daripada sesuatu manakala dari sudut syarak puasa bermaksud ;Menahan diri daripada perkara perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.
Puasa Ramadhan disyariatkan pada bulan Syaaban tahun ke dua Hijrah. Sebelum itu tidak pernah disyariatkan puasa ramadhan.Bagi umat sebelum itu dan ahli kitab di zaman Nabi mereka mengetahui pensyariatan puasa seperti disebit oleh Allah dalam ayat di atas. Persamaan di antara umat ini dengan umat terdahulu ialah puasa disyariatkan.
Hukum Meninggalkan Puasa
Puasa Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam dan termasuk kefardhuan yang diketahui agama secara dharuri (mudah ;tanpa melalui pembuktian dan dalil),maka orang yang mengingkari kefardhuannya adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan sepertimana diperlakukan terhadap orang murtad. Dia hendaklah diminta bertaubat;sekiranya dia bertaubat ,taubatnya diterima. Seandainya dia enggan bertaubat dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud bagi kesalahan murtad.
Bagi mereka yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkari syariat puasa seperti dia mengungkapkan “ saya tahu puasa wajib tetapi saya tak mahu berpuasa” mereka ini hukumnya fasik dan tidak kafir. Pemerintah wajib menahan mereka (mengurung) dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya puasa terlaksana padanya.
Puasa adalah iman dan Ketaatan
Mematuhi syariat puasa adalah sebagai pelaksanaan tuntutan keimanan kepada Allah swt. Puasa yang mengakibatkan keletihan, kepanasan, lapar dahaga dan segala jenis kekangan nafsu dilaksanakan penuh sabar hanya oleh hamba hamba Allah yang mengerti kaitannya dengan Iman dan ketaatan.
Allah swt mengaitkan tuntutan puasa kepada setiap mukmin dalam firmannya ;surah Al Baqarah ayat 183 dengan ikatan “laallakum tattaqun” (mudah mudahan kamu bertakwa) menunjukan puasa mukmin yang tulus dan berobjektifkan keredhaan Allah akan melahirkan hamba yang bertakwa. Puasa bukan sekadar adat yang diwarisi zaman berzaman sebaliknya puasa diwajibkan kepada mereka yang meletakkan Allah sebagai “Ilah” (tuhan) yang wajib disembah dan mereka yang mengakui diri adalah hamba. Nilai kehambaan ini akan luput seandainya puasa di anggap sebagai amalan tradisi untuk memenuhi jadual harian atau tahunan. Kesediaan mukmin mematuhi syariat ini dengan penuh keinsafan adalah menifestasi iman yang sebenar berbanding sesetengah daripada mereka berpuasa bagaikan terpaksa atau sekadar mencari cari keistimewaan tertentu sahaja tanpa memahami tuntutan keimanan dan kepatuhan kepada syariat sebagai objektif utama.
Puasa adalah Perjuangan
Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa adalah adalah rukun puasa yang difahami oleh semua mukmin yang berpuasa. Mukmin yang sedar tidak akan menahan larangan larangan Allah hanya diwaktu berpuasa sahaja, mereka akan melaksanakan tuntutan mengekang nafsu jahat ini sepanjang masa selama mereka ingin menjadi hamba Allah. Perjuangan menahan serakah nafsu semasa berpuasa mengimplikasikan jiwa mukmin yang ampuh untuk membasmi segala macam pencabulan hak hak Allah sebagai tuhan dan hak hak sesame manusia.
Semasa berpuasa mukmin dilarang makan dan minum di siang hari tetapi dibenarkan makan dan minum di malam hari. Mukmin yang sedar sentiasa memikirkan perjuangan mereka menahan makan dan minum di siang hari mengambil masa belasan jan mestilah dilaksana secara istiqomah sehinggalah di waktu malam mereka makan dan minum semula kerana tiada halangan lagi.Implikasi perjuangan ini sepatutnya diaplikasikan dalam kehidupan;ada masa dan keadaan makan dan minum ditegah dan ada masa dan keadaan ianya tidak ditegah. Islam menegah makan dan minum pada barang yang bukan milik kita, barang yang dicuri, barang rasuah, peras ugut dan apa sahaja sumber yang tidak halal tetapi Islam tidak menegah seandainya apa yang kita makan dan minum adalah diperolehi secara halal.
Mukmin yang sedar juga akar sentiasa memperkukuhkan jatidiri agar membentengi nafsu serakahnya. Semasa berpuasa nafsu syahwat ditegah dengan larangan bersetubuh di siang hari walaupun bersama isteri. Hal ini sepatutnya menginsafkan mukmin yang sedar di atas syariat ini. Kepatuhan kepada syariat ini adalah perjuangan. Persoalannya kenapa ramai manusia boleh berpuasa dan menahan syahwatnya tetapi ramai individu yang mengaku mukmin sewenang wenangnya menuruti nafsu menentang ketetapan dan syariat Allah.Isu penutupan pusat hiburan sepanjang bulan puasa misalnya adalah medan untuk mengajar umat islam agar tidak terus terpesona dengan unsur melalaikan ini namun isu ini seolah olah ditentang pula oleh mereka yang mengaku beragama Islam.
Perjuangan melaksanakan Islam secara menyeluruh dalam diri mukmin dapat dididik dan ditarbiah melalui puasa.Perjuangan memertabatkan Islam bukan cakap cakap kosong tetapi perlakuan secara praktikal. Mereka yang berbicara erti telus semestinya berkelakuan telus. Kumpulan yang ingin berbicara soal kebajikan dan berkebajikan seharusnya mempraktikkan kebajikan dan berkebajikan.Begitulah juga apabila berbicara soal demokrasi mestilah hak demokrasi itu dipraktikkan bukan dicengkam dan di tambat dengan segala macam ancaman.
Sebagai contoh mudah untuk kita perhatikan ialah menginstitusikan masjid dan surau.Walaupun rata rata kita sedar akan tuntutan mengimarahkan masjid dan surau dan ramai cerdik pandai hinggalah kerakyat bawahan berbicara soal ini dengan begitu lantang namun persoalan yang perlu dijawab bagaimana praktiknya.Alhamdulillah kita di Selangor setahun dua ini dapat menyaksikan bagaimana institusi masjid dan surau disemarakkan. Ini menampakkan kefahaman masyarakat kepada tuntutan ini terutama pada bulan Ramadhan.Budaya ilmu sudah dapat dijelmakan dan telah membuka minda masyarakat untuk menerobos kegelapan agar sirna cahaya dan menyuluh jalan kelam menjadi terang. Semoga seluruh khalayak dapat mengambil kesempatan dengan hadirnya Ramadhan untuk bermuhasabah dan menilai diri untuk menjadi hamba Allah yang taat berbekalkan panduan dan petunjuknya.
Firmah Allah swt yang bermaksud ;
185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (Al baqarah : 185)